Dinner Kebudayaan
Dinner pertama nya di UKM. Dinner ni ada sebagai meraikan
segala usaha penat lelah kami menjayakan tarian untuk hari Malaysia mewakili
kolej kami iaitu kolej keris mas. Sebenarnya tak banyak nak cerita sebab dinner
ni diadakan time kelas pun ada so agak kelam kabut. Tema dinner ni adalah
sparkling eh, okay lupa sebenarnya tapi yang ingat berkelip kelip la sebab
semua pakai baju meriah nau.
Sebab
dinner ni untuk menghargai segala usaha kami walaupun kalah dalam pertandingan
tapi rasa sangat la happy sebab dihargai segala penat lelah sepanjang latihan
semata-mata untuk menjayakan nya gitu, walaupun kalah kami still mendapat
pujian yang baik-baik dari ramai pihak dan mengatakan kami punya persembahan
actually the best tapi entah kenapa kalah so kami redha asalkan kami dah buat
yang sebaik mungkin.
Dinner
ni ditaja oleh pengetua kolej kami sendiri so thanks to him kerana menghargai
kami semua ni. Dan dikendalikan oleh semua senior kelab kebudayaan. Dinner yang
simple tapi seronok. Kami dihidangkan dengan nasi tomato yang paling sedap
pernah aku rasa selama aku duduk dekat UKM sebab aku rasa susah sangat nak
dapat makanan sedap dekat situ so rasa macam nak nangis time makan, okay sorry
terover. So tu jelah sebab tak banyak sangat nak cerita.
Comments
Post a Comment