Pilihan Raya Kampus
Harini nak cerita pasal pengalaman pilihan raya
kampus. Actually sebelum masuk UKM ada la tahu sikit pasal prk di UKM masa
lawatan ke UKM. Pandangan masa mula-mula tengok video yang ditayangkan tu rasa
macam wow gempaknya and at the same time macam seram jugak sebab macam betul
bersungguh macam real pilihan raya.
So bila dah menjadi seorang mahasiswa di UKM dapat
la merasai pengalaman PRK tu. First yang aku dapat tahu pilihan raya ni memang
bukan satu benda yang boleh dipandang ringan, kena serius and tak boleh
main-main , kiranya macam nak pilih siapa yang akan jadi pemimpin di UKM ni. Pemimpin
yang akan menyurakan tentang masalah
dihadapi pelajar dan diaorang ni akan handlekan. Ouh ya ada beberapa
parti yang bertanding seperti yang famous iaitu aspirasi dan inspirasi, ada la
yang lain macam parti bebas dan sebagainya. Terrbahagi kepada pilihan raya umum
dan pilihan raya fakulti.
First time tahu pasal ni time perjumpaan kelab
keris, mep(majlis eksekutif pelajar) ada lah bagi tahu suasana seminggu sebelum
pilihan raya tu macam mana, so rasa macam, eh serious lah kenapa seram sangat
gayanya, time tu kami dibahagikan tugas mengikut post masing-masing untuk
menjalankan tugas sebagi pilihan raya.
Kelab keris memperjuangkan aspirasi, so kami kena
pastikan pihak yang bertanding tak melanggar peraturan yang dibuat oleh kolej
untuk menyebarkan brochure tentang manifesto atau ucapan mereka,mereka hanya
boleh bermanifesto di kafe dan tidak dibenarkan ke kawasan blok blok kediaman,
dan ada la waktu waktu yang dihadkan supaya tidak menganggu ketenteraman
pelajar kolej kediaman.
Pengalaman pasal prk UKM ni memang lain daripada
lain sebab yelah punya la busy sampai tidur pun tak cukup sebab nak menjalankan
tugas yang diberikan. Kami perlu menjalankan tugas sampailah habis prk.
Sehari sebelum prk kami dikumpulkan beramai mengikut
kolej masing untuk berarak beramai ramai ke depan pusanika untuk proses
penamaan calon. Kiranya macam nak bagi semangat dekat calon calon yang
bertanding la. Seriously masa berarak dan bersorak lagu-lagu dan cheer tu macam
, something new yang tak pernah lalui walaupun bila ingat balik rasa macam erm
kelakar la jugak,hahaha punya la semangat.
Keesokan hari tu semua kuliah dibatalkan bagi
memberi laluan untuk proses penggundian. Proses penggudian dijalankan di kolej
masing masing dan prosesnya sama macam nak undi pilihan raya sebenar. So malam
tu keputusan diumumkan pada jam 11 malam macm tu la di dewan gemilang. Overall
dimenangi oleh aspirasi dengan memenangi sebanyak 37/39 kerusi yang dipertandingkan.
That’s all.
Comments
Post a Comment