Kem Jentera (kkm)


Asalnya nama kelab keris tapi tak tahu lah kenapa camping ni namanya camp jentera. Pada mulanya time masuk UKM ni ada satu kelab,kelab ni aku join melalui whatsapp, orang share link, so join jelah sebab macam menarik, lepastu kelab ni meruapakan kelab kolej keris mas.

Actually baru je masuk UKM, 26 Ogos 2017 and kelab ni kira baru la untuk tahun 1,and after a week kitaorang dikumpulkan untuk perjumpaan yang pertama tak silap or yang kedua, dan kitaorang perlu mengikuti camping kelab keris like kem jati diri eh? Lebih kurang  la. camp yang kami perlu ikuti ni berlangsung selama 3 hari and harinya of course la jumaat sabtu dan ahad, dan kitaorang just ada masa dalam beberapa hari untuk fikir nak join ke tak sebab caming ni diwajibkan untuk semua ahli kelab keris. Begitu .

Hati berat sebenarnya nak pergi,yelah baru je berapa minggu dekat UKM tetiba kena join camping dalam hutan pulak tu so rasa macam nak jerit.. hahahaha nak pergi tapi dalam masa sama rasa tak nak sebab bukan apa pengalaman lepas tentang berkhemah ni membuat hati rasa berbelah bahagi macam tu. Tak silap just ada masa dalam dua ke tiga hari je untuk berfikir sebab camping tu memang dekat sangat, dalam minggu yang sama diberitahu perlu ikuti camping.

Kem jentera ni start 8,9 dan 10 september 2017 bertempat di Hutan Pendidikan Alam UKM. Berkhemah dalam UKM je sebenarnya. Hahhaha. Berat hati nak pergi pun still get ready barang2 untuk berkhemah. Hahaaha dan akhirnya pergi jugak. Hari jumaat dalam pukul 2.30 kami dikumpulan di café untuk mengira jumlah peserta yang mengikuti program ni, lepas tu kami menaiki bas untuk ke Hutan Pendidikan Alam,UKM. Takdelah jauh mana dari kolej tapi cukup jauh unuk jalan kaki.

Setibanya disana kami kena berjalan naik bukit sambil angkut beg masing2 yang berat untuk sampai ke tapak perkhemahan tu, masa tu rasa acam nak tercabut kaki,mana taknya,beg dah la berat lepastu kena naik bukit, dah la sejenis manusia yang jarang bersenam so memang tak fit. Tapi sampai jugak la ke tapak perkhemahan tu.
Okay first impression pasal tempat tu like ‘WOW’ macam best je,seronok sangat sebab yelah dulu jarang pergi camping dalam hutan sebab parent tak bagi so agak excited bila first time dapat merasai perasaan tu,cehhh.

Setibanya disana,biasala check kehadiran dan mula mengemas barang,kami perempuan tidur beramai disatu tempat like ruang lega? Lelaki tak ramai so tidur dalam khemah  la kan. Sampai je sana dapat makan untuk malam, so happy sebab makanan sangatlah sedap sebabnya jarang dapat makan sesedap tu selama duduk dekat UKM ni.hahaha ni serius okay. Dah selasai semua kami berehat dan bersiap sedia untuk solat magrib berjemaah.

Aktiviti perkhemahan pun bermula dengan aktiviti yang pertama iaitu aktiviti untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan semua peserta. Kami di agihkan dengan mengikut tempat asal yang berbeza mengikut negeri. Selepas selesai membahagi kumpulan kami bermain beberapa game seperti teka teka. Selepas solat isyak kami berkumpul untuk mendegar ceramah daripada Datuk Dr Syed iaitu timbalan pengetua kolej keris mas. Beliau menceritakan mengenai perkembangan UKM. 

Keesokan harinya, selepas selasai sarapan pagi kami berkumpul untuk bermain game bersama semuua peserta untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Selepas selesai game fizikal kami bermain game kapal karam untuk menguji tentang pemikiran dan pendapat kami tentang masalah yang diberikan. Selepas selesai menjawab soalan kami perlu membentangkan dan memberikan hujah berkenaan pendapat kami.

Seterusnya, kami perlu berlakon bersama ahli kumpulan mengenai watak yang diberikan kepada setiap ahli kumpulan dan perlu melakonkan watak terssebut mengikut jalan cerita yang tersendiri. Time ni memang ada la watak watak yyang memeriahkan suasana, masa tu dapat rasa hubungan antara peserta dah semakin erat, bukan je peserta tapi senior yang handle program ni.

Selepas isyak kami dikumpulkan untuk menyaksikan persembahan setiap ahli kumpulan. Time ni memang ada la watak watak yyang memeriahkan suasana, masa tu dapat rasa hubungan antara peserta dah semakin erat, bukan je peserta tapi senior yang handle program ni. Seterusnya kami menikmati makan malam yang disediakan oleh fasilitator yang terdiri daripada majlis eksekutif pelajar kolej  keris mas. 

Selepas selesai makan malam kami bersiap sedia untuk aktiviti yang paling ditunggu iaitu jungle trekking. Kami memulakan aktiviti jungle trekking pada pukul 2 pagi. Time ni memang rasa takut ada tapi seronok pun ada like mencabar tau buat jungle trekking malam-malam buta ni. Kami group yang kesepuluh ni first group yang masuk hutan dulu diketuai oleh senior. Time masuk dalam hutan tu mula la rasa seram sejuk tapi sampai tak lepas tangan antara satu sama lain,takut katakana tapi tetiba je dah sampai.hmm lepastu rasa hek eleh ingat mencabar sanggat,padahal time dekat dalam hutan tu punya la fikir macam macam.
 So malam tu berakhir lah aktiviti kami, sebelum dibenarkan tidur kami berkumpul untuk kuiz simple gitu sebab nak kenal-kenal antara felo dan mep. Lepas dah habis tu dalam pkul 3 lebih masuk tidur sebab esok dah last day, so sad actually.

Esoknya kami pun berkumpul unntuk sarapan dan penutupan majlis. Dan majlis kami berakhir dengan sorakan cheer yang kami sediri reka. Yeahhh. So tu jelah, kami pun balik dengan hhati gembira walaupun penat sangat ssebab tak cukup tidur.




Comments

Popular Posts