Pengalaman kerja
Untuk entry
kalini aku nak cerita pasal pengalaman kerja. Okay actually takdelah banyak
sangat pengalaman yang ada Cuma yelah ada lah sikit sikit yang memberi impak
besar dalam hidup aku. Takdelah impak besar like hidup aku terus berubah. Cuma
yelah serba sedikit pengalaman membuat kita lebih matang dalam kehidupan. Yelah
bila kita melalui satu fasa baru iaitu alam pekerjaan walaupun sementara kita
dapat mempelajari satu yang baru dan automatically boleh mengubah cara kita
berfikir dan kehidupan kita tapi semua tu based on penilaian kita, kita nak
gunakan pengalaman tu atau tidak kea rah yang lebih baik atau tidak.
Okay dah banyak sangat bebel kan
so marilah kita ke topic asal kita. Kerja yang paling first adalah kerja di
kiosk, not actually kiosk sebenanrnya dia macam fair, tapak fair dalam mall
yang menjual apa jua jenis barang in 2 weeks. Aku kerja ni pun sebab kawan
punya kedai, bukan dia la, mak dia punya, so mudah kan dapat kerja sebab kawan
yelah dulu aku mintak kerja semua kena reject maybe sebab Nampak macam
budak-budak kot ditambah pulak dengan pendek so sape je nak ambik even umur dah
18 tahun time tu.
Okay kerja dekat sini mudah
jelah Cuma perlu tahu mengira and tahu pujuk customer untuk beli barang yang dijual, ouh yaa lupa nak cakap, kedai
mak kawan aku ni jual baju kurung, tudung dan sebagainya yang berkaitan pakaian
wanita. Kiranya macam kerja promoter la kan. Actually aku since kecil aku ni
memang datang family yang berniaga kecil kecilan, so dari kecil memang dah
pernah pun meniaga dengan nenek dan mak sedara. Masa zaman sekolah pun pernah
lah jual-jual time hari koperasi so kira berpengalaman jugak la, but sebab dulu
just tolong je without getting money gitu. Nak cakap talented takde la talented
tapi seriously memang minat berniaga since kanak-kanak.
Tapi malangnya aku kerja dekat
situ just for a week sebabnya rahsia. Okay sebabnya bukan apa ia melibatkan
perasaan so better biar aku je tahu kan. Gaji nya boleh la tahan kiranya boleh
la buat belanja untuk shopping. Duit gaji habis untuk makan je sebenarnya, dan
actually kerja dekat situ makan minum ditanggung, idk why maybe sebab kawan or
idk la kenapa sebenarnya tapi ni jugak antara kenapa aku berhenti.
![]() |
kawan kawan masa kerja |
Okay lets move on untuk
pekerjaan yang kedua iaitu still sebagai promoter di butui baju Cherry Berry.
Okay aku kerja ni selepas tamatnya STPM. Bosan kan duduk rumah tak buat apa-apa
so better keluar cari kerja dan dapatkan duit untuk enjoy seketika, hahaha.
Kerja ni aku dapat atas pertolongan kawan sekolah rendah aku, punya la nak
kerja kan semua orang aku mintak tolong, yeah alasannya semua orang reject aku.
Why? Entahlah tak cukup tinggi mungkin. Its not fair, im 19 years old kot,
tolong lah ambik kerja. Time tu rasa excited dapat kerja tapi pekerjaan nya
sangat lah mencabar bukan apa tau. Bayangkan lah kerja 10 pagi hingga 10 malam.
Kerjanya melayan customer dan masih sama kena pujuk customer untuk beli sebab
nanti bos akan check berapa banyak jualan kita tau. So yeah aku paling muda
dekat situ so confirm lah aku la kena beralah. Kena bagi kakak kakak yang tua
layan lebih kalau aku tak dapat cari customer.
Kerja nya hari-hari duduk sahaja
tapi bila ada customer kau jangan malas kena follow je diaorang macam lah
diaorang nak mencuri gitu, dan of course kena menggunakan teknik mengayat mak
cik makcik dengan memuji cantik baju tu baju
ni,seluar tu seluar ni, segala jenis ayat manis keluar demi mendapat
pelanggan gitu, yelah kalau tak dapat jual dalam sehari kena la hadap bos
kenapa tak jual satu habuk pun and even dalam komputer akan tercatat nama siapa
yang jual banyak dan sikit. Pressure jugak la, even kerja relax sambil kerja
boleh makan and main fon senyap-senyap tapi takdela seronok macam yang difikir.
Paling tak seronok time stok
sampai, masa tu kita kena hadap berguna-guni baju dengan berdozen pakaian yang
sampai untuk dikira, check dan tampal harga, maybe tengok macam fun dan mudah
tapi seksanya akan tahu bila dah rasa sendiri. Mula-mula dulu masa kerja ada
lah akak ni cerita cakap kalau stok sampai kita memang penat teruk. Aku dengar
cerita dia, dalam hati kata eh yeke,macam best je tembak harga semua dan dengan
harapan stok akan sampai sebelum aku berhenti kerja sebab ahaha aku kerja situ
sehari pun aku dah nak berhenti sebabnya akak ni dia macam serba salah ambik
aku dan aku lagi serba salah terima kerja tu sebab ada budak kena buang but aku
kuatkan jugak semangat untuk bekerja.
Walaupun keesokkan harinya
pekerja lama yang buat hal tu datang and Alhamdulillah bos tak buang sesiapa
pun, so kami berempat. Dugaan kerja dekat sini, pelanggan tu takdelah cerewet
sangat selama bekerja dekat situ cumanya tak best sebab kerja full time. Masuk
pagi time cerah lagi balik malam time langit dah gelap, rasa agak lifeless lah
sebab tu la tak tahan kerja. Cuti seminggu sehari so memang gunakan cuti tu
untuk rehat je. So conclusion nya aku dah nekad nak berhenti selepas kerja
sebulan tapi dilanjutkan 2 minggu sebab diaorang semua tak bagi berhenti, ajak
berhenti sekali but end up aku pun setuju dan berhenti la.
Apa yang best kerja dekat sini
adalah aku dapat kenal ramai orang dalam mall tu, aku dapat tahu banyak benda
dan belajar banyak benda pasal life ni, and bila dah kerja tu aku jumpa
macam-macam jenis orang, perangai dan sebagainya. Tapi selama bekerja dekat
situ Alhamdulillah aku ada kawan-kawan yang layan aku sebaik yang mungkin,
seronok sangat dapat kenal diaorang. So sampai siini sahaja,kita sambung nanti
okay untuk pekerjaan yang ketiga.
![]() |
kenangan dengan akak-akak cherry berry |
![]() |
anak-anak customer yang cute |
![]() |
Wah bagusnya shu buat kerja part time dulu2. Banyak ke gaji time tu? inspired sgt
ReplyDelete