Program Kenali Ubat Anda

Kalini aku nak cerita pasal handle satu program iaitu program kenali ubat anda. Sebenarnya kami diberi tugasan untuk mengendalikan satu program di bawah citra pengurusan masa. First plan nak buat program gelandangan. Iaitu memberi makan kepada gelandangan tapi program yang plan tak jadi sebab susah nak cooperate dengan orang. Takdelah semua yang kami whatsapp dan email susah la nak dapat cooperate so kami bercadang untuk buat program kenali ubat anda.
            Program ni  macam bosan kan tapi kami sedaya upaya membuat program ni menjadi menarik dan fun untuk di sertai. Pengalaman masa menjayakan program ni adalah kami perlu membuat satu kertas kerja untuk diberikan kepada kkm supaya mendapat kelulusan, dan apa yang best tentang program ni adalah kami tak perlu mengeluarkan duit untuk cenderamata untuk peserta, mereka menyediakan brochure dan gift mengikut permintaan kita.
            Tetapi sebab program ni akan dihandle oleh kami pelajar citra pengurusan masa so kami nak program ni menjadi satu program yang boleh menarik minat ramai pelajar untuk mengahadiri program ni, so kami memberi sumbangan sedikit untuk membeli hadiah untuk peserta dan menyediakan sijil kepada peserta. Kami membuka 30 penyertaan dengan menyebarkan iklan ke media social seperti whatsapp dan instagram dan menyediakan google form untuk mereka yang berminat menyertai dan bagi memudahkan kerja.

            Alhamdulillah program kami mendapat sambutan yang memberansangkan. Walaupun rasa macam program ni susah dapat sambutan tetapi kami mendapat pernyetaan yang melebihi kouta ang di hadkan. So kami just terima semua peserta walaupun melebihi had yang ditetapkan dan Alhamdulillah walaupun pertama kali handle satu program iaiya berjalan lancar dan sangat la seronok. Apa yang paling penting kami mendapat feedback yang baik dari peserta. Sekian sahaja entry kali ni

Comments

Popular Posts